1 FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Perkembangan ini
berlaku hasil daripada
pembelajaran. Perkembangan
bersifat kualitatif iaitu
tidak dapat diukur
tetapi dapat dilihat
perubahan dalam diri
seseorang individu melalui
pengujian. Perkembangan
melibatkan kognitif seseorang
individu contohnya, seorang kanak-kanak
akan mula mengenal
huruf,kemudian boleh membaca,menulis dan
sebagainya. Proses perkembangan ini
adalah berterusan sepanjang
hayat dan akan
melalui peringkat-peringkat kematangan
tertentu. Perkembangan ini dipengaruhi
oleh baka dan
persekitaran.
Teori perkembangan
kognitif Jean Piaget
mentafsirkan bahawa proses
pemikiran kita berubah
secara menyeluruh bermula
selepas lahir sehingga
kita mencapai kematangan. Setiap individu
akan sentiasa mencuba
untuk memahami dan
mengadaptasi
perubahan-perubahan yang berlaku
di persekitaran mereka.
Teori Vygotsky
pula percaya bahawa
perkembangan kognitif individu
berlaku dalam persekitaran
sosio budaya yang
mempengaruhi tingkahlaku dan
pemikiran individu. Beliau memberi
penekanan di mana
peranan sosial dan
budaya dalam perkembangan
kanak-kanak. Kemahiran kognitif kanak-kanak
kebanyakan dipengaruhi oleh
aspek sosial kanak-kanak
dengan keluarga, rakan-rakan dan
persekitarannya.
Teori Santrock (2008) mentafsirkan
perkembangan sebagai perubahan
dalam corak biologi, kognitif dan
sosioemosi individu yang
bermula daripada peringkat
percambahan hingga ke
akhir hayat.
Faktor
perkembangan kanak-kanak telah
banyak diperdebatkan,
terdapat tokoh yang
menyatakan baka adalah
faktor utama yang
mempengaruhi perkembangan,
dan ada
juga tokoh yang
menyatakan persekitaran adalah
faktor utama yang
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Namun, sehingga hari
ini belum ada
kata putus yang
menyatakan apakah faktor
utama yang memprngaruhi
perkembangan kanak-kanak.Ini sebenarnya
kerana kedua-dua faktor
tersebut saling berkait
rapat dengan proses
perkembangan kanak-kanak.
Baka
merupakan ciri-ciri yang
berkaitan dengan biologi
ataupun gen-gen yang
diwarisi daripada ibu
bapa kepada anak-anaknya. Tingkahlaku yang
kita warisi daripada
ibu bapa diturunkan
di dalam gen-gen
ini. Faktor baka dan
genetik mempengaruhi pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak, contohnya saiz
badan, warna rambut,
ketinggian dan lain-lain.
Persekitaran pula
merangkumi segala pengalaman
yang dialami oleh
kanak-kanak, termasuk pengalaman ketika
berada di rumah, bersama jiran
dan bersama rakan
sebaya. Sebelum kanak-kanak dilahirkan, mereka juga
mengalami pengalaman di
alam sebelum dilahirkan
ke bumi. Pengalaman sebelum
dilahirkan merangkumi cara
pemakanan ibu serta
gaya hidup ibu
ketika sedang mengandung. Sekiranya seseorang
ibu itu mengamalkan
sikap yang suka
merokok, berkemungkinan besar bayi
yang dilahirkan merupakan
bayi pramatang. Sikap dan
emosi yang dialami
ibu semasa mengandung juga
mempengaruhi tingkahlaku bayi
yang bakal dilahirkan. Selain itu, faktor
yang mempengaruhi pengalaman kanak-kanak juga
dipengaruhi oleh pemakanan,persekitaran di sekolah, masyarakat,sosio ekonomi, tahap
pendidikan keluarga, media dan persekitaran
dunia.
2 ANALISIS INDIVIDU
Selepas mengenalpasti
situasi Farid dan
Rizal,dapatlah dinyatakan bahawa
persekitaran banyak mempengaruhi
kepada perkembangan kedua-dua
kanak-kanak tersebut.
2.1.
Rizal
Berdasarkan senario
yang diberikan, Rizal berasal
daripada golongan keluarga
yang sederhana dan
dia tinggal di
kawasan perumahan. Rizal juga
seorang yang aktif, periang, suka bergaul
dan suka menyampuk
ketika guru sedang
mengajar. Rizal juga akan
mendengus dan bermasam
muka apabila dimarah. Malah dia
akan melepaskan geramnya
akibat dimarah oleh
guru kepada rakan
yang duduk berhampiran
dengannya. Tidak puas dengan
itu, dia akan menjawab
dengan suara yang
kuat. Rizal seorang pelajar
yang suka bekerja
secara berkumpulan dan
tidak memberi peluang
kepada murid lain untuk
memberi pendapat. Dia juga
merupakan seorang pelajar
yang gopoh dan
selalu berharap untuk
menyiapkan tugasan dengan
cepat. Oleh kerana sikapnya
itu, dia kerap tidak
dapat menyiapkan tugasan
yang diberikan dan
ketinggalan ke belakang
berbanding dengan kawan-kawannya yang
lain. Selain itu, dia selalu
membuat kesilapan di
dalam jawapannya. Ketika berada
di rumah, Rizal seorang
yang kurang bercakap, malas dan
suka menonton filem
yang aksi.
Rizal mempunyai
dua identiti di
mana ketika berada
di rumah, dia akan
menjadi seorang yang
kurang bercakap.Perkara ini berkemungkinan kerana
dia seorang anak
tunggal dan ibubapanya
kurang berinteraksi dengannya.Ibu
bapa Rizal mungkin
terlalu sibuk dan
tidak mempunyai masa
untuk bercerita dengannya. Sikap
Rizal ini juga
berkemungkinan disebabkan oleh
pengaruh media. Rizal seorang
kanak-kanak yang suka
menonton televisyen, seperti yang
kita tahu kanak-kanak
lebih mudah terpengaruh
dengan adegan-adegan yang
mereka tonton di
televisyen kerana mereka
tidak dapat membezakan
perkara yang baik
ataupun buruk ketika
awal kanak-kanak.Ini juga
mungkin disebabkan dia
tidak suka bergaul
dengan ibu bapanya
yang difikirkan lebih
matang darinya dan ketika bercerita, dia tidak
diendahkan oleh ibubapanya.
Dari
segi emosi Rizal
ini menunjukkan bahawa
dia tidak mempunyai kemahiran
dalam mengurus serta
mengawal emosinya. Rizal
seorang kanak-kanak yang
cepat mendengus dan
bermasam muka apabila
dimarah, situasi ini menunjukkan
sikap manja dalam
diri Rizal yang
tidak suka dimarah. Ketika berada
di rumah pula
Rizal seorang kanak-kanak
yang kurang bercakap, malas dan
asyik menonton filem
aksi. Sikap Rizal yang
suka menonton filem
aksi mempengaruhi tingkahlakunya di
sekolah. Mungkin Rizal tidak
pernah diberi nasihat
atau didikan cara
menghormati orang yang
lebih tua oleh
ibu bapanya. Ibu bapanya
yang sibuk bekerja
kemungkinan tidak mempunyai
masa untuk melayan
karenahnya dan jarang
bercerita dengannya dan
hanya membiarkannya duduk
di depan kaca
televisyen tanpa perhatian
dari orang tua.
Dari
segi sosial, Rizal seorang
murid yang ingin
menguasai semua yang
ada di sekelilingnya. Sikap Rizal
ini dapat dikaitkan
di dalam teori
perkembangan psikososial Erik
Erikson yang terdapat dalam lapan
peringkat. Rizal di dalam
teori ini berada
di peringkat ke
3 iaitu “Industri
Lawan Rasa Rendah
Diri”, di mana pada
peringkat ini kanak-kanak
sudah berada di
alam persekolahan.
Kanak-kanak pada peringkat
ini berada dalam
lingkungan 6 hingga
11 tahun, di mana mereka perlu
menguasai
kemahiran-kemahiran yang tertentu
di alam persekolahan, sekiranya mereka
mengalami kegagalan,
kegagalan tersebut akan
membawa kepada rasa
rendah diri dalam
diri mereka. Kanak-kanak pada
peringkat ini akan
melakukan sesuatu tugasan
yang diberi dengan
penuh minat.Dalam situasi
di atas Rizal suka
membuat aktiviti dalam
kumpulan dan selalu
tidak sabar dalam
perbincangan.Hubungan sosial Rizal
dengan rakan-rakan sekelasnya
tidak terjalin dengan
begitu baik, ini kerana
Rizal tidak memberi
rakan-rakannya peluang untuk menyumbangkan pendapat
di dalam aktiviti
kumpulan.
Walaupun Rizal
seorang yang banyak
bercakap dan aktif, aspek
kognitifnya adalah sedikit
lemah. Rizal selalu membuat
kesilapan dalam jawapannya. Ini mungkin
disebabkan cara Rizal
mentafsirkan soalan yang
diberi kurang kreatif
berbanding rakan-rakannya yang
lain. Sikapnya yang hanya
ingin kerjanya siap
cepat dan gopoh
juga merupakan salah
satu faktor yang
menyebabkan akademiknya lemah. Dia
juga mungkin seorang
murid yang masih
belum dapat membaca
dan menulis dengan
baik kerana dia
seorang yang malas
dan dia banyak
menghabiskan masanya menonton
adegan-adegan aksi dan
tidak bersifat akademik.
2.2.
Farid
Berbeza dengan
Rizal, Farid seorang pelajar
berlatarbelakangkan keluarga yang
kurang berkemampuan. Farid tinggal
di flat bersama
ibu dan lima
orang adik beradiknya. Ayahnya pula
telah meninggal dan
ini menyebabkan Farid
sentiasa kelihatan sedih
ketika berada di
kelas. Farid seorang murid
yang pendiam, pasif dan
tidak suka bergaul. Dia
tidak suka memberikan
pendapat di dalam
kelas melainkan apabila
ditanya oleh gurunya
sahaja. Ketika melakukan aktiviti
berkumpulan, Farid hanya akan
memerhatikan rakan-rakannya berbincang tentang
kerja yang diberikan.Namun begitu, pencapaian akademik
Farid lebih baik
berbanding rakan-rakannya yang
lain walaupun dia
tergolong daripada keluarga
yang kurang berkemampuan. Farid seorang
murid yang suka
membaca disebabkan itulah
pencapaian akademiknya baik. Farid
juga seorang pelajar
yang patuh pada
arahan.Walaupun Farid seorang
yang pendiam, dia
juga akan bergaul
dengan rakan-rakannya terutamanya
tinggal berdekatan di
rumahnya. Selain itu, Farid juga
seorang murid yang
bertanggungjawab, dia selalu membantu
ibunya di rumah
seperti mengurus rumah
dan memasak.
Emosi merupakan
satu perasaan afektif
yang dialami oleh
individu dalam sesuatu
keadaan yang memberi
makna kepada dirinya. Emosi boleh
dilihat dalam bentuk
gembira,sedih,takut,marah
dan lain-lain. Dari segi
emosi, Farid merupakan seorang
murid yang sabar
dan tabah dalam kehidupannya. Menurut Piaget, terdapat empat
faktor yang saling
berkait rapat yang
boleh mempengaruhi proses
pemikiran individu iaitu
kematangan biologi, interaksi individu
dengan persekitaran,
pengalaman sosial dan
keseimbangan.
Proses
pemikiran Farid tidak
sama seperti kanak-kanak
yang seumur dengannya, ini kerana
Farid lebih berfikiran
matang dan seorang
anak yang bertanggungjawab ketika usia
yang masih muda. Sikap
Farid ini dipengaruhi
oleh faktor persekitaran
di mana dia
sedar bahawa kehidupan
keluarganya yang kurang
berkemampuan dan memerlukan
dia untuk bertanggungjawab terhadap
keluarga sebagai anak
sulung dalam adik-beradiknya. Contohnya, walaupun Farid
masih berada di
sekolah rendah, dia sudah
tahu tanggungjawabnya sebagai
seorang anak sulung dan
abang kepada adik-adiknya. Dia selalu
menolong ibunya membuat
kerja di rumah
seperti memasak dan
mengemaskan rumah. Sikap Farid ini mungkin
mewarisi gen yang dominan daripada
ibunya, ini kerana ibu
Farid seorang yang
tabah dan bertanggungjawab terhadap
anak-anaknya walaupun telah
kehilangan suami.
Farid
bijak mengawal emosinya, walaupun dia
selalu kelihatan sedih
ketika berada di
kelas, tetapi dia masih
dapat memiliki keputusan
yang baik dalam
akademiknya. Sejak ayah Farid
meninggal dunia, dia selalu
kelihatan sedih terutamanya
ketika berada di
kelas. Sikap Farid yang
selalu berdiam diri
ketika berada di
kelas menyebabkan dia
selalu teringatkan arwah ayahnya.
Namun begitu dia
tetap dapat bermain
dengan rakan-rakannya yang
tinggal berhampiran dengannya. Farid dapat
menyesuaikan diri dan
perasaannya mengikut situasi. Dia
tidak menunjukkan perasaan
sedihnya di hadapan
rakan-rakannya ketika bermain. Farid juga
dapat mengadaptasikan keseimbangan
perasaannya mengikut situasi-situasi yang
dialami. Dapatlah dilihat bahawa
emosi Farid berada
dalam tahap yang
baik kerana dia tidak menyendiri
hanya untuk melayan
perasaan sedihnya,tetapi dia
masih dapat bersosial
bersama rakan-rakannya.
Menurut Vygotsky, perkembangan kognitif
individu berlaku dalam
dua peringkat iaitu
peringkat sosial dan
peringkat individu yang
lebih bersifat peribadi. Peringkat perkembangan
sosial ialah di
mana maklumat atau
pengetahuan individu diperolehi
melalui interaksi individu
dengan individu lain
yang ada di
persekitarannya seperti keluarga, rakan-rakan,jiran terdekat
dan guru-guru. Peringkat kedua
pula ialah peringkat
individu dan lebih
kepada keperibadian.
Peringkat ini menerangkan
di mana individu
boleh menukar maklumat
dan pengetahuan yang
diperolehi melalui interaksi
sosial kepada kefahaman
individu dan maklumat
tersebut ditukar kepada
skemata individu. Perkembangan kognitif
dalam diri Farid
paling jelas dapat
dilihat di dalam
peringkat kedua iaitu
peringkat individu yang
lebih bersifat keperibadian. Farid kurang
berinteraksi dengan orang
lain, sikap Farid dapat
dilihat ketika berada
di dalam bilik
darjah. Farid seorang murid
yang pendiam dan
tidak suka memberi
pendapat. Dia hanya akan
menjawab sekiranya ditanya
oleh cikgunya.
Perkembangan sosial
ialah kemahiran seseorang
individu menjalin perhubungan
sosial dan menunjukkan
perlakuan baik dan
sesuai mengikut norma-norma
masyarakat. Farid seorang kanak-kanak
yang tidak suka
bersosial, di hanya akan
berkawan dengan orang
yang tinggal berhampiran
dengan tempat tinggalnya
sahaja. Farid tidak mahir
dalam berinteraksi, ini mungkin
disebabkan rasa rendah
diri yang ada
dalam dirinya kerana
dia bukan seorang
kanak-kanak yang tergolong
di dalam keluarga
yang sosioekonominya tinggi
dan pengalamannya juga
sangat kurang. Sifat Farid
ini dominan kepada
sifat introvet, di mana
dia lebih menumpukan
kepada aspek dalaman. Farid merupakan
seorang yang pasif, pemalu
dan kurang bercakap
terutamanya ketika berada
di dalam kelas. Dia
juga suka berseorangan
sejak kematian ayahnya. Farid datang
daripada keluarga yang
sederhana, oleh sebab itu, dia
tidak minat kepada
kebendaan. Introvet ini bermakna
mengambil berat tentang
diri sendiri dan
mempamerkan ciri-ciri individu
yang pasif,pemalu,sensitif,gemar
berseorangan,cermat,reflektif dan sentiasa
berfikir terlebih dahulu
sebelum melakukan sesuatu
kerja. Individu introvet juga
seorang yang boleh
dipercayai dan bersedia
menanggung risiko.
Perbezaan Individu
|
Perbezaan
Individu
|
Rizal
|
Farid
|
|
Kognitif
|
Tidak dapat
menghabiskan tugasan dan
sering tertinggal di
belakang.
|
Suka membaca
dan mempunyai pencapaian
akademik yang baik.
|
|
Emosi
|
Tidak sabar
dan akan mendengus, bermasam muka, serta
melepaskan perasaan geram
kepada rakan.
|
Sering kelihatan
sedih di dalam
kelas.
|
|
Sosial
|
·
Aktif,
periang, suka bergaul dan
suka menyampuk ketika
guru sedang mengajar.
·
Di
rumah kurang bercakap, malas dan
asyik menonton filem
aksi.
|
·
Pendiam,
pasif dan tidak
suka bergaul.
·
Hanya bermain
bersama rakan-rakan yang
berhampiran rumahnya sahaja.
·
Rajin membantu
ibunya di rumah.
·
Patuh pada
arahan.
|
|
Fizikal
|
-
|
-
|
|
Rohani
|
-
|
-
|
3 Faktor
Perkembangan Individu
3.1.
Rizal
Aspek Kognitif
Lev Semenovich
Vygotsky (1896-1934) merupakan
seorang ahli psikologi
Russia. Beliau mendalami bidang
ilmu perubatan dan
kemudian beralih kepada
pengajian undang-undang dan
pada masa yang
sama mendalami bidang
kesusasteraan. Vygotsky
percaya bahawa perkembangan
kognitif individu berlaku
dalam persekitaran sosio
budaya yang mempengaruhi
tingkahlaku dan pemikiran
individu.
Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak
berkembang akibat dari
pergaulan dengan orang
lain. Pergaulan dan interaksi
yang bermakna selalunya
berlaku antara kanak-kanak
dengan individu yang
lebih berpengetahuan darinya.
Menurut Vygotsky
lagi, kanak-kanak tidak dapat
membina pengetahuannya sendiri
tanpa persekitaran. Ia harus
dibina melalui interaksi
sosial dengan individu-individu yang
berada di persekitarannya seperti
ibubapa, adik-beradik, keluarga
terdekat atau rakan
sebaya. Individu-individu akan bertindak
memberi arahan, maklum balas
dan membimbing komunikasi kanak-kanak.
Dalam
situasi Rizal,dia seorang
murid yang aktif, periang dan
suka bergaul. Akan tetapi
perkembangan kognitifnya lebih
banyak terbentuk melalui
apa yang dilihatnya
di televisyen. Rizal tidak
dapat menyelesaikan masalah
ketika melakukan tugasan
berkumpulan. Sebagai contoh ialah
ketika berada di
kelas, Rizal tidak suka
memberi peluang kepada
rakan-rakannya untuk mengajukan
pendapat. Siakp Rizal ini
dikategorikan dalam komponen
Ego dalam Teori Psikososial oleh
Sigmund Freud, ini kerana
sikap Rizal yang
menganggap apa yang
dikatakannya itu benar
dan dia memberi
peluang kepada rakannya
yang lebih berpengetahuan untuk
memberi pendapat. Rizal tidak
tahu konsep urutan
seperti bergilir-gilir memberi
pendapat.
Komunikasi antara
Rizal dan individu
di persekitarannya juga amat
terhad. Ini disebabkan oleh
sikapnya yang ego
dan ingin menguasai
sesuatu yang dianggapnya
perlu contohnya aktiviti
perbincangan dalam kumpulan.
Ketika berada di
rumah, Rizal seorang anak
yang malas dan
kurang bercakap. Oleh itu, proses
perkembangan kognitif tidak
berlaku antaranya dan
keluarganya. Pengetahuan
Rizal lebih banyak
terbina melalui apa
yang ditontonnya di
televisyen berbanding apa
yang didengarnya melalui
interaksi antara individu
yang berada di
sekelilingnya. Selain itu persekitaran dan
sistem lingkungan budaya
kanak-kanak juga membantu
mereka mengadaptasi perkembangan
kognitif. Dalam situasi Rizal, nilai
dan adab serta
tingkahlakunya yang kurang
sopan seperti bercakap
dengan nada yang
tinggi terhadap guru
serta melepaskan geram
kepada rakan-rakannya merupakan
kesan daripada apa
yang dilihatnya di
televisyen.
Perkembangan mental
kanak-kanak terhad disebabkan
oleh sistem biologi
yang belum berkembang
dan matang. Walaupun begitu
persekitaran dan sistem
lingkungan budaya kanak-kanak
membantu mereka mengadaptasi
perkembangan kognitif.
Setiap budaya menerapkan
cara hidup dan
cara berfikir kepada
kanak-kanak. Menurut Vygotsky,
dua faktor utama
dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak ialah interaksi
sosial dan kemahiran
berbahasa.
Pada
peringkat ini, kanak-kanak seharusnya
sudah mula dapat
menerima pendapat daripada
orang lain. Namun berbeza
bagi Rizal, dia tidak
suka memberi rakan-rakannya peluang
untuk mengutarakan pendapat, ini
bermakna dia tidak
dapat menerima pandangan
rakan-rakannya terutamanya ketika
melakukan tugasan dalam
kumpulan. Dia mahu semua
orang menerima pendapatnya
dan sekiranya tidak
diterima, dia akan mencari
jalan untuk melapaskan
kekecewaannya tersebut seperti
menjawab dengan suara
yang tinggi dan
melepaskan geram kepada
rakan yang duduk
berhampiran dengannya.
Ketika
menjawab soalan pula, Rizal
selalu melakukan kesalahan. Ini kerana
sikapnya yang gopoh, dia
tidak dapat mengingati
apa yang telah
dipelajarinya. Ketika
menjawab soalan dalam
peperiksaan pula, dia tidak
dapat mengurus masanya
untuk menjawab soalan
yang susah kepada
yang.Rizal hanya ingin
cepat siap dan
ingin rakan-rakannya menganggapnya
hebat kerana dapat
menyiapkan kerja dengan
cepat. Sikapnya tersebut telah
mempengaruhi dalam pencapaian
akademiknya yang mengakibatkannya ketinggalan
di belakang.
Dalam
Zon Perkembangan Proksimal
pula, Rizal berada di
zon bawah, ini kerana
dia boleh berinteraksi
dengan baik namun
masih perlu bimbingan
dalam aspek kesopanan
dan nilai-nilai murni. Rizal
suka melakukan tugasan
dalam kumpulan, akan tetapi
dia tidak suka
memberi rakan-rakannya peluang
untuk bercakap, oleh itu
guru haruslah membimbingnya
supaya dapat menerima
pandangan orang lain
supaya sesuatu kerja
dapat dilaksanakan dengan
baik dan menghasilkan
kerja yang sempurna
dengan kerjasama dalam
ahli kumpulan.
3.1. Aspek
Sosioemosi
Teori Perkembangan
Psikososial Erikson menekankan
kepentingan hubungan sosial
dengan individu-individu di
persekitaran kanak-kanak.
Menurut Erikson, personaliti seseorang
kanak-kanak dibentuk hasil
daripada perkembangan Psikososial
ini. Erik Erikson telah
memperkenalkan lapan peringkat
perkembangan psikososial di
mana setiap peringkat
saling berkait antara satu
sama lain. Setiap peringkat
mempunyai matlamat untuk
dicapai. Kejayaan atau kegagalan
mencapai matlamat atau
menyelesaikan krisis perkembangan
akan membawa akibat
kepada imej kendiri
seseorang individu.
Daripada lapan
peringkat perkembangan psikososial
tersebut, Rizal berada di
peringkat yang ke
empat iaitu industri
lawan rasa rendah
diri. Pada peringkat ini, tahap
umur ialah dalam
lingkungan 6 hingga
11 tahun di mana kanak-kanak perlu
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu
dan mereka sudah
mula masuk ke
alam persekolahan, kegagalan akan
membawa kepada rasa
rendah diri dan
tiada keupayaan.
Dalam situasi
Rizal, dia berada di
peringkat ke empat
di mana peringkat
ini kanak-kanak mula
memasuki alam persekolahan
sekolah rendah. Rizal merupakan
seorang kanak-kanak yang berumur
9 tahun dan
Rizal seharusnya telah
menguasai kemahiran 3M
iaitu membaca, mengira dan
menulis. Guru dan rakan
sebaya akan mempunyai
pengaruh yang besar
ke atas perkembangan
kanak-kanak dan pemikiran
kanak-kanak sudah mula
mencapai operasi konkrit
dan berupaya membuat
transformasi dan pertalian
antara dua situasi
yang berkaitan serta
mula berfikir secara
logik.
Kanak-kanak pada
peringkat ini suka
aktiviti berkumpulan yang
berbentuk kemahiran. Dalam situasi
Rizal, dia sangat suka
ketika diberi tugasan
dan dia berusaha
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
tugasan yang diberikan. Namun, dia tidak
suka memberi rakan-rakannya peluang
untuk berkongsi pendapat. Ini
bermakna, dia menginginkan rakan-rakannya tersebut
supaya menerima semua
cadangan yang diutarakan
olehnya. Rizal yakin dengan
kebolehan yang dimilikinya
dan berharap akan
berjaya untuk menyiapkan
tugasannya tersebut. Menurut Teori
Psikoanalisis oleh Sigmund
Freud terdapat 3
komponen personaliti iaitu
Id, Ego dan Superego. Rizal berada
di bahagaian ego, kerana
apabila dimarah dia
akan mendengus dan
bermasam muka dan
akan melepaskan geram
ke atas rakan-rakan
yang duduk berhampiran
dengannya.
Rizal suka
menyampuk ketika guru
sedang mengajar. Sikapnya itu
membuatkan dia dimarahi
oleh gurunya. Menurut teori
Vygotsky, kanak-kanak yang sentiasa
dimarah dan dikritik
pada peringkat ini akan
mengakibatkan kanak-kanak merasa
rendah diri dan
tiada keupayaan bukan
sahaja terhadap pencapaian
akademik tetapi juga
dalam hubungan sosial
dengan individu di
persekitaran mereka. Buktinya dapat
dilihat di dalam pencapaian
akademik Rizal yang
tidak memuaskan, dia sering
ketinggalan di belakang. Ini
kerana Rizal sering
dimarahi oleh gurunya, mungkin disebabkan
oleh itu Rizal
hilang keyakinan dalam
melakukan tugasan yang
diberi. Dia berusaha untuk
cepat menyiapkan kerja
supaya mendapat pujian
daripada gurunya. Namun sikap
gopohnya tersebut mengakibatkannya selalu
membuat kesilapan dalam
jawapannya dan ketinggalan
di belakang.
Menurut Teori
Perkembangan Moral Lawrence
Kohlberg pula, beliau telah
mencadangkan peringkat perkembangan
moral individu. Peringkat tersebut
mempunyai 3 tahap
dan setiap tahap
mempunyai 2 peringkat. Melalui teori
ini, Rizal berada di
tahap yang pertama
dan peringkat ke 2.
Tahap pertama ini
ialah tahap Pra-Konvensional dan
peringkat yang kedua
iaitu orientasi ganjaran
peribadi. Rizal melakukan sesuatu
hanya untuk mendapatkan
ganjaran daripada guru
serta rakan-rakannya. Contoh yang
dapat kita lihat
ialah ketika dalam
aktiviti berkumpulan, Rizal tidak
mahu memberi rakan-rakannya peluang
untuk memberi pendapat. Ini
kerana Rizal mahu
rakan-rakannya menganggapnya hebat
dan patut diberi
pujian kerana dia
memberi idea yang
banyak dan bernas.
Rizal
suka menyampuk ketika
dalam proses pengajaran
mungkin kerana dia
ingin mendapat pujian
dan perhatian daripada
gurunya, namun dia dimarah
dan bukannya seperti
apa yang dia
inginkan. Kesan daripada tindakan
gurunya yang memarahinya
di hadapan rakan-rakannya yang
lain telah menimbulkan
rasa malu dan
rendah diri. Bagi menghilangkan
rasa malu akibat dimarah, Rizal
membalas dengan suara
yang kuat dan
melepaskan rasa geramnya
tersebut kepada rakan-rakannya yang
duduk berhampirannya. Dalam situasi
ini, guru seharusnya menegur
pelajar dengan cara
yang lembut tetapi
tegas supaya tidak
menimbulkan rasa malu
dan rendah diri
dalam diri pelajar.
Pada
peringkat ini juga, kanak-kanak melakukan
sesuatu tugasan hanyalah
untuk mencapai kejayaan
yang akan membuatkan
hati mereka puas. Dalam
situasi Rizal , dia selalu
gopoh dan dia
melakukan sesuatu tugas
hanya untuk memuaskan
hatinya dan mendapat
pujian. Rizal sudah merasa
puas dan berjaya
sekiranya dia dapat
menyiapkan tugasannya dengan
cepat tanpa memikirkan
hasil daripada apa yang dia
usahakan.
3.2.
Farid
Aspek Kognitif
Kemahiran kognitif
di sini bermakna
kebolehan seseorang kanak-kanak
terutamanya dalam memberi
pendapat, memahami, mengingati
perkara-perkara yang berlaku
di persekitaran. Kemahiran kognitif
ini melibatkan aktiviti
mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan
lain-lain. Kemahiran ini penting
dalam kehidupan seseorang.
Beralih pula
kepada situasi Farid, aspek
kognitif Farid adalah
berada di tahap
yang baik. Ini
kerana dia pandai
membaca, menyelesaikan
masalah,mengenalpasti
situasi di sekeliling, bertanggungjawab, memahami,dapat mengingati
perkara-perkara yang berlaku, mengkategori dan
menghormati orang lain.
Seperti teori
yang telah dikaji
sebelum ini iaitu
Teori Perkembangan Kognitif
Jean Piaget. Beliau berpendapat
proses pemikiran kita
berubah mengikut proses
pertumbuhbesaran seseorang contohnya
selepas lahir hinggalah
mencapai kematangan. Piaget telah
mengenalpasti empat faktor
yang saling berkait
rapat yang boleh
mempengaruhi proses pemikiran
individu. Faktor-faktor tersebut ialah
kematangan biologi,
interaksi individu dengan
persekitaran, pengalaman sosial dan
keseimbangan.
Proses
pemikiran Farid juga
ada yang dipengaruhi
oleh faktor baka
dan genetik. Dia mewarisi
gen yang yang
terdapat dalam diri
ibunya iaitu seorang
isteri yang tabah, sabar
dan sanggup mengharungi
cabaran hidup selepas
kematian suami. Selepas kematian
suami, ibu Farid masih
dapat meneruskan kehidupan
bersama-sama anak-anaknya.
Dia tetap dapat
mengurus anaknya walaupun
tiada suami di
sisinya.
Seterusnya ialah
interaksi individu dengan
persekitaran. Farid
merupakan seorang kanak-kanak
yang pendiam, pasif dan
tidak suka bergaul. Dia
lebih banyak menerima
ilmu melalui pembacaan
dan ketika dalam
proses pembelajaran di
kelas. Sikap Farid lebih
suka menerima apa
yang diajar tanpa
bertanya soalan. Ketika dalam
perbincangan kumpulan pula, Farid tidak
suka memberi pendapat. Dia
hanya memerhati kawan-kawannya berbincang. Namun begitu
dia adalah seorang
pelajar yang mempunyai
akademik yang baik
kerana dia suka
membaca.
Pengalaman sosial
juga banyak mempengaruhi
dalam perkembangan kognitif
seseorang. Oleh kerana Farid
seorang murid yang
pendiam, perkembangan kognitifnya kurang
didapati melalui interaksi
dengan individu di
persekitarannya. Dia
mengembangkan pengetahuan dengan
mendengar ketika proses
pengajaran berlaku dan
membaca ketika masa
rehat sahaja. Namun begitu, dia
hanya akan bergaul
dengan rakan-rakan yang
berdekatan dengan rumahnya
sahaja.
Sejak kematian
ayahnya, Farid cuba menyeimbangkan keadaannya
dengan situasi sekeliling. Keseimbangan merupakan
faktor keempat di
dalam empat faktor
yang saling berkait
dan boleh mempengaruhi
proses pemikiran individu
mengikut teori Piaget. Proses keseimbangan
ini merupakan salah
satu cara yang
digunakan oleh individu
untuk mengadaptasi dengan
situasi-situasi yang baru
dialami. Farid sentiasa kelihatan
sedih ketika berada
di kelas. Mungkin tempoh
ayahnya meninggal masih
baru, dan ini membuatkan
dirinya sentiasa kelihatan
sedih dan masih
dalam proses untuk
menyesuaikan diri dan
perasaan dengan situasi yang baru.
Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah
proses yang digunakan
individu untuk mencapai
keseimbangan. Individu akan terus
menguji minda mereka
untuk mencari keseimbangan.
Dalam
situasi Farid, dia cuba
untuk mencari keseimbangan
dalam kehidupan hariannya
selepas kematian ayahnya
dengan membaca dan
belajar bersungguh-sungguh.
Sekiranya sebelum ini
Farid seorang murid
yang aktif, dan selepas
kematian ayahnya sikapnya
telah berubah. Farid meluangkan
masa rehatnya dengan
membaca supaya tidak
terlalu mengingati tentang
arwah ayahnya. Ketika berada
di rumah pula, Farid
rajin membantu ibunya
memasak dan mengemas
rumah.
Farid
juga dapat mengenalpasti
situasi di mana
dia masih dapat
bermain bersama-sama rakan-rakan
yang tinggal berdekatan. Dia tidak
mendiamkan diri sahaja
di rumah selepas
kematian ayahnya. Dia sering
bermain bola bersama-sama
rakan-rakannya.
Aspek Sosioemosi
Teori Perkembangan
Psikososial Erikson menekankan
kepentingan hubungan sosial
dengan individu-individu di
persekitaran kanak-kanak.
Menurut Erikson, personaliti seseorang
kanak-kanak dibentuk hasil
daripada perkembangan Psikososial
ini.
Farid membentuk
perkembangan sosialnya melalui
permainan. Walaupun Farid seorang
yang pendiam, dia tetap
akan bermain bola
bersama rakan-rakan yang
tinggal berdekatan rumahnya. Berdasarkan maklumat
yang saya perolehi
melalui surat khabar
myMetro yang disiarkan
pada 30 November
2011, penulis ada menyatakan
bermain adalah perkara
penting dalam proses
pertumbuhbesaran kanak-kanak kerana
ia membentuk bukan
saja pertumbuhan fizikal, kognitif (mental) tetapi
turut membabitkan perkembangan
emosi serta sosial
(budaya) kanak-kanak berkenaan.
Aktiviti ataupun
permainan yang dimainkan
oleh kanak-kanak bukanlah
suatu paksaan, tetapi mengikut
kemahuan ataupun minat
kanak-kanak itu sendiri. Keinginan dan
minat tersebut juga
haruslah dapat memberikan
mereka kegembiraan dan
kepuasan tanpa memikirkan
hasil daripada apa
yang mereka akan
perolehi melalui permainan
tersebut.
Selain itu, dengan
bermain juga kanak-kanak akan
mendapat pengalaman mengenai
keadilan, peraturan dan kesamaan
serta menguatkan kebolehan
berfikir melalui pelbagai
cara. Sebagai contoh ialah
ketika bermain bola, Farid
akan dapat mempelajari
erti keadilan contohnya
ialah sekiranya kumpulannya
mendapat mata jaringan
gol kurang daripada
pihak lawan, maka dia
seharusnya tahu bahawa
kumpulan mereka kalah
dan bermakna kumpulan
lawan merupakan pemenang
dalam permainan tersebut
kerana mempunyai mata
jaringan gol yang
lebih banyak. Farid juga
akan mempelajari tentang
peraturan. Peraturan bukan hanya
terdapat di dalam
permainan, malah setiap yang
kita lakukan mempunyai
peraturan.
Sosioemosi juga
berkembang melalui pengaruh
keluarga. Farid merupakan
seorang anak yang
rajin membantu ibunya
membuat kerja rumah
seperti memasak dan
mengemas rumah. Farid tahu, ibunya
pasti sedih kerana
kehilangan suami. Apatah dalam
keadaan anak-anaknya masih
kecil, Farid yang sulung
sahaja baru berumur
Sembilan tahun dan
masih ada empat
orang adik lagi.Farid
cuba menyelesaikan masalah
ibunya dengan meringankan
beban ibunya iaitu membantu ibunya
membuat kerja rumah. Di
sini dapatlah kita
lihat tentang tanggungjawab
Farid sebagai seorang
anak sulung.
Kecerdasan emosi
meliputi cara seseorang
individu mengendalikan emosi
diri serta persekitaran. Mereka ini
lebih bersemangat, mempunyai ketekunan
dan dapat memotivasikan
diri sendiri. Selain itu, individu
berkenaan juga dapat
menghadapi kegagalan dengan
tenang dan positif
selain dapat mengawal
tekanan perasaan supaya
tidak mengganggu tumpuan
dan proses pemikiran. Mereka juga
dapat menjaga hubungan
dengan orang lain
dan boleh bersosial
dengan baik.
Jika
dilihat pada situasi
Farid, dia mempunyai tahap
kecerdasan emosi yang
tinggi. Farid dapat meneruskan
persekolahan dan kehidupan
hariannya dengan bersemangat. Malah dia
tekun membaca buku
ketika mempunyai masa
yang terluang. Dia juga
dapat mengawal tekanan
perasaan selepas kematian
ayahnya. Walaupun dia kelihatan
sedih, dia tidak meraung
menangis ataupun melakukan
kerja-kerja yang tidak
bertamadun. Malahan dia masih
mendapat keputusan akademik
yang memuaskan.
Menurut Goleman (1995) , 80% kejayaan
seseorang bergantung kepada
kecerdasan emosi (EQ) manakala
lebuh kurang 20%
sahaja kejayaan disebabkan
oleh kecerdasan mental (IQ).
Menurut Meyer
dan Salovey (1993)
pula, kepintaran emosi membolehkan
individu berfikir lebih
kreatif dan dapat
menggunakan emosi untuk
menyelesaikan masalah.
Goleman menjelaskan
terdapat lima elemen
yang perlu diberi
perhatian dalam kecerdasan
emosi. Elemen tersebut ialah
memahami emosi sendiri, kebolehan mengendalikan
emosi, memotivasikan diri,
menyedari emosi orang
lain dan mengendalikan
hubungan dengan orang
lain.
Kelima-lima elemen
tersebut merupakan penentu
seseorang itu mempunyai
kecerdasan emosi yang
tinggi ataupun seseorang
individu yang tidak
dapat mengawal diri. Secara
ringkasnya, Farid merupakan seorang
kanak-kanak yang mempunyai
kecerdasan emosi yang
tinggi. Ini kerana dia
memahami emosinya sendiri, walaupun dia
sedih dia masih
dapat mengawal kesedihannya. Dia tidak
bersedih sepanjang masa, contohnya ketikan
bermain bersama rakan-rakannya. Farid juga
dapat mengendalikan emosinya. Walaupun amat
sukar untuk mengadaptasikan keadaannya
yang kehilangan ayah
dengan situasinya di
sekolah, dia mampu mengendalikan
perasaan dan emosi
ketika bersama rakan
dan keluarganya di
rumah. Seterusnya ialah memotivasikan
diri. Setiap emosi individu
berbeza mengikut faktor
yang berlainan. Selepas kematian
ayah Farid, dia selalu
membantu ibunya di
rumah. Farid tahu ibunya
masih dalam kesedihan, oleh itu
Farid membantu ibunya
membuat kerja di
rumah bagi meringankan
bebanan perasaan ibunya
tersebut. Akhir sekali ialah
kebolehan Farid dalam
megendalikan hubungan dengan
orang lain. Farid mempunyai
emosi yang berbeza
ketika melalui persekitarannya dan
melalui aktiviti yang
dijalankannya. Ketika bermain,
dia akan
bermain bersungguh-sungguh dan
apabila tiba masa
untuk belajar dia
akan menumpukan perhatiannya
kepada mata pelajaran
yang diajar.