Wednesday, 7 May 2014

1.    Rumusan  Jurnal  1
Tajuk  :  Defending  Deaf  Culture : The  Case  of  Cochlear  Implans
Sumber  :  Internet (Jurnal)
Kumpulan  Sasaran  : Orang  Pekak
Objektif  Kajian : Mengenal  Budaya  Pekak  dan  tanggapan  mereka  terhadap  implan  koklea.
Berdasarkan  jurnal  yang  saya  kaji  ini, komuniti  pekak  beranggapan  implan  koklea  merupakan  satu  cara  untuk  memusnahkan  budaya  pekak. Anggapan  tersebut  adalah  kerana  ianya  adalah  satu  cara  untuk  memastikan  kanak-kanak  yang  pekak  membesar  menggunakan  bahasa  percakapan  berbanding  dengan  menggunakan  bahasa  isyarat. Implan  koklea  ini  juga  dianggap  perkara  yang  menyebabkan  orang  pekak  kurang  ramai  yang  boleh  berkomunikasi  menggunakan  bahasa  isyarat  kerana  implan  koklea  menyebabkan  mereka  boleh  berkomunikasi  secara  oral.
Komuniti  pekak  berpendapat  bahawa  kepekakan  bukan  satu  kekurangan  tapi  dianggap  sebagai  satu  budaya. Ramai  orang  pekak  yang  mengatakan  mereka  tidak  mahu  diberi  pendengaran  walaupun  ianya  tidak  mustahil  untuk  mendengar. Mereka  tidak  mahu  diberi  pendengaran  kerana  risau  dan  tidak  mahu  komuniti  pekak  pupus.
Komuniti  pekak  ini  juga  akan  mencari  pasangan  yang  terdiri  daripada  golongan  pekak  juga  kerana  mereka  lebih  selesa  bersama  pasangan  yang  pekak  supaya  dapat  memudahkan  proses  komunikasi  mereka. Selain  itu, mereka  juga  akan  mencari  pakar  genetik  untuk  memastikan  anak  yang  akan  mereka  lahirkan  juga  pekak  seperti  mereka. Sekiranya  anak  yang  mereka  lahirkan  itu  pekak, mereka  akan  meraikannya.
Mereka  merasa  diri  mereka  normal  kerana  sekiranya  persekitaran  mereka  bising, tetapi  mereka  masih  dapat  berkomunikasi  menggunakan  bahasa  isyarat  dan  menganggap  orang  yang  boleh  mendengar  sebagai  kurang  upaya  kerana  mereka  tidak  dapat  berkomunikasi  disebabkan  kebisingan  tersebut. Orang  normal  menganggap  kepekakan  ialah  satu  ketidakupayaan  kerana  kekurangan  satu  deria  dan  berpendapat  fizikal  yang  normal  ialah  memiliki  semua  perkara  yang  ada  dalam  diri  semua  orang  di  sekeliling.
Komuniti  pekak  sangat  membantah  implan  koklea  terhadap  komuniti  mereka  kerana  mereka  bukan  orang  yang  tidak  upaya  tetapi  mereka  adalah  satu  komuniti  yang  berkongsi  satu  cara  berkomunikasi. Cara  berkomunikasi  yang  dimaksudkan  di  sini  ialah  penggunaan  bahasa  isyarat  dalam  komuniti  mereka  sendiri  yang  mana  cara  komunikasi  tersebut  berbeza  dengan  cara  orang  normal  berkomunikasi.
Menurut  jurnal  yang  saya  baca  ini, aspek  yang  penting  untuk  membentuk  budaya  ialah  mestilah  berkongsi  sejarah, bahasa  yang  unik  (dialek), seni  tersendiri, sastera  atau  masakan.
Sejauh  mana  sesuatu  kumpulan  dapat  dikekalkan  atau  ada  terlibat  dalam  institusi  sendiri  untuk  berkhidmat  untuk  keperluan  budaya  mereka  juga  penting. Ini  adalah  untuk  memastikan  institusi  mereka  berkekalan  dan  memastikan  keperluan  komuniti  mereka  terjamin.
Komuniti  pekak  ini  mempunyai  budaya  mereka  sendiri, bahasa  yang  hebat  dan  juga  ada  tatabahasa  yang  unik. Contohnya  budaya  mereka  yang  sendiri  ialah  mereka  suka  berkumpul  bersama  komuniti  mereka  sendiri  di  satu-satu  tempat  yang  tidak  ada  orang  kisah  tentang  mereka, mereka  juga  jenis  yang  tidak  menepati  masa  dan  sukar  untuk  menunaikan  janji. Bahasa  yang  mereka  gunakan  juga  mereka  anggap  hebat  kerana  hanya  komuniti  mereka  sahaja  yang  faham  bahasa  yang  mereka  gunakan  iaitu  bahasa  isyarat.
Mereka  suka  berkongsi  pengalaman  berkaitan  kepekakan  mereka  dalam  budaya  mendengar, kongsi  sejarah  kepekakan,  dan  perbezaan-perbezaan  yang  ada  dalam  diri  mereka. Selain  itu, mereka  juga  ada  sekolah  sendiri, kelab, tempat  berjumpa  malah  ada  pertandingan  sukan  sendiri. Kombinasi  antara  bahasa  dan  kelompok  mereka  membuatkan  budaya  mereka  kuat. Mereka  menggunakan  bahasa  isyarat  dalam  kelompok  mereka  dan  hanya  bergaul  dengan  komuniti  mereka  sendiri  iaitu  orang-orang  yang  pekak  dan  tidak  dapat  mendengar.
Dua  perkara  yang  menyebabkan  orang  pekak  mahu  kepekakan  itu  dianggap  sebagai  satu  identiti  dan  bukan  sebagai  satu  ketidakupayaan    ialah  yang  pertama  ialah  hak  ibu  bapa  dan  yang  kedua  ialah  perbezaan  budaya  pekak  dan  budaya  lain.
Perkara  pertama  tersebut  yang  mengatakan  ibu  bapa  ada  hak  untuk  menentukan  identiti  budaya  anak  mereka  yang  mengurangkan  peluang  mereka  dengan  ketara  pada  masa  akan  datang. Ini  bermakna  ibu  bapa  yang  berhak  menentukan  sama  ada  kepekakan  anak  mereka  adalah  satu  ketidakupayaan  ataupun  satu  identiti. Selain  itu, ibu  bapa  akan  merasa  sukar  untuk  membuat  keputusan  untuk  membawa  anak  mereka  untuk  melakukan  implan  koklea, sebab  tanpa  implant
  anak  mereka  akan  sukar  untuk  belajar  bercakap  dan  peluang  mereka  sangat  terhad  untuk  ambil  bahagian  dalam  budaya  orang  bercakap  pada  masa  akan  datang. Ibu  bapa  ada  hak  untuk  membuat  keputusan  untuk  anak  mereka  samada  mahu  melakukan  implan  koklea  kepada  anak  mereka  supaya  dapat  bercakap  ataupun  membiarkan  sahaja  anak  mereka  dalam  keadaan  pekak  dan  sukar  terlibat  dalam  aktiviti  arus  perdana.
Seterusnya  ialah  perbezaan  yang  terdapat  dalam  budaya  pekak  dan  budaya  yang  lain.  Kriteria  untuk  ahli  pekak  ialah  untuk  jadi  pekak. Orang  normal  boleh  masuk  di  dalam  kebudayaan  dunia  orang  pekak  dengan  belajar  bahasa  isyarat  dan  melalui  perhubungan  dengan  orang  pekak  tetapi  mereka  tetap  orang  luar  kerana  mereka  boleh  mendengar. Ini  bermakna, orang  normal  yang  ingin  memahami  kebudayaan  orang  pekak  mestilah  belajar  menggunakan  bahasa  isyarat  supaya  mereka  memahami  apa  yang  terdapat  di  dalam  kebudayaan  mereka  tersebut.
Komuniti  pekak  menganggap  ciri-ciri  yang  seharusnya  ada  bagi  menjadi  ahli  komuniti  Pekak  ialah  mestilah  pekak  dan  bukan  itu  sahaja  tetapi  mestilah  menggunakan  bahasa  isyarat  dan  menyertai  aktiviti-aktiviti  yang  dijalankan  oleh  orang  pekak. Oleh  itu, untuk  menjadi  ahli  orang  pekak  perkara  yang  wajib  ada  dalam  diri  individu  tersebut  ialah  seperti  yang  dinyatakan  di  atas  iaitu  pekak  dan  menggunakan  bahasa  isyarat  dan  menyertai  aktiviti  orang  pekak.
Kanak-kanak  yang  lahir  tanpa  pendengaran  atau  hilang  pendengaran  pada  usia  muda  berpotensi  untuk  jadi  ahli  pekak  dan  komuniti  pekak  ini  akan  musnah  sekiranya  tidak  ada  yang  belajar  bahasa  isyarat. Disebabkan  perkara  tersebutlah, komuniti  pekak  membantah  untuk  diberi  pendengaran  melalui  implan  koklea. Ini  kerana  kanak-kanak  yang  diberi  implan  koklea  tidak  akan  menggunakan  bahasa  isyarat  sebagai  alat  komunikasi  tetapi  belajar  bercakap  seperti  orang  normal.

2.    Rumusan  Jurnal  2
Tajuk  : Deaf  as  Culture  : A Psychosocial  Perspective
Sumber : Internet (Jurnal)
Kumpulan  sasaran : Komuniti Pekak
Objektif  Kajian : Budaya  pekak  berdasarkan  perspektif  Teori  Psikosial
Kajian  ini  adalah  bertujuan  untuk  membincangkan  faktor  yang  menyumbang  kepada  perubahan  kepekakan  dari  segi  fizikal  kepada  suatu  budaya. Jurnal  ini  tidak  bertujuan  untuk  menyokong  atau  menafikan  tentang  kewujudan  dan  kepentingan  budaya  orang  pekak. Sebaliknya  mengkaji  berkaitan  soalan  iaitu   bagaimana  orang  pekak  yang  ada  sejarah  dilabel  sebagai  ketidakupayaan  menjadi  asas  kepada  pengkajian  budaya.
Orang  normal  menganggap  kepekakan  sebagai  satu  ketidakupayaan  tetapi  penyokong  komuniti  pekak  menganggap  kepekakan  sebagai  satu  budaya  dan  menegaskan  bahawa  kepekakan  bukan  satu  penyakit. Dari  sudut  perspektif, kepekakan  sebagai  kurang  upaya, iaitu  ketidakboleh  untuk  mendengar  pertuturan  orang  lain  dan  tidak  dapat  memberi  tindak  balas  terhadap  isyarat  persekitaran  contohnya  ialah  orang  normal  terkejut  mendengar  bunyi  letupan  tetapi  mereka  tidak  memberi  sebarang  tindak  balas  terhadap  bunyi  letupan  tersebut.Selain  itu,  mereka  tidak  dapat  berkomunikasi  dengan  semua  orang  serta  tidak  dapat  menikmati  aspek-aspek  arus  perdana  seperti  mendengar  bunyi  muzik.
Namun  komuniti  pekak  menganggap  ketidakboleh  mendengar  tersebut  bukan  merupakan  satu  perkara  penting  yang  berguna  sehari-hari. Mereka  juga  menganggap  implan  koklea  itu  tidak  perlu  kerana  mereka  tidak  hidup  dalam  komuniti  pekak  tetapi  mereka  hidup  dalam  bangunan  yang  sedang  meninggi. Oleh  itu, seseorang  individu  yang  pekak  mesti  belajar  untuk  jadi  seorang  yang  mempunyai  fungsi  sebagai  ahli  keluaraga  dan  komuniti  yang  mana  kepekakan  dianggap  ialah  satu  ciri-ciri  yang  klinik  sahkan  sebagai  penyakit  yang  dimiliki  oleh  kumpulan  ini.
Penyokong  kepekakan  sebagai  satu  budaya  menegaskan  bahawa  kepekakan  bukan  penyakit  dan  ianya  tidak  perlu  dibaiki. Mereka  menggunakan  huruf  “D”  besar  untuk  membezakan  penyakit  masalah  pendengaran  yang  disahkan  oleh  klinik  dan  menggunakan  huruf  “d”  kecil  bagi  membezakan  dua  perkara  tersebut.
Berdasarkan  artikel  ini  Dolnick  menegaskan  bahawa  kanak-kanak  pekak  mendapatkan  perasaan  identity  budaya  pekak  daripada  rakan  sebaya  yang  pekak  lebih  daripada  keluarga  mereka. Ini  bermakna  pengaruh  rakan  sebaya  dalam  pembentukan  budaya  pekak  ini  lebih  kuat  berbanding  pengaruh  keluarga  terutamanya  kanak-kanak  pekak  yang  mempunyai  ibu  bapa  yang  boleh  mendengar.
Komuniti  pekak  menggunakan  definisi  Padden  &  Humphries  iaitu  budaya  merupakan  satu  bentuk  tingkah  laku  sekumpulan  orang  yang  mempunyai  bahasa  mereka  sendiri, nilai, peraturan  tingkahlaku  dan  tradisi  bahasa  mereka  sendiri. Orang  pekak  mengatakan  bahawa  mereka  mempunyai  tingkah  laku  yang  sama, menggunakan  bahasa  dan  kepercayaan  yang  sama. Selain  itu, budaya  pekak  berpendapat  bahawa  kanak-kanak  dan  orang  dewasa  yang  tidak  dapat  dengar  terasing  dari  arus  perdana  kerana  komunikasi  dengan  orang  normal  sering  terasa  susah.
Komunikasi  antara  murid  pekak  dengan  murid  yang  tidak  pekak  di  dalam  arus  perdana  mempunyai  halangan  yang  sangat  teruk. Ini  kerana  murid  pekak  biasa  menggunakan  bahasa  isyarat  manakala  murid  tidak  pekak  menggunakan  percakapan  untuk  berkomunikasi. Disebabkan  halangan  tersebut, murid  pekak  lebih  suka  bergaul  dalam  kalangan  mereka  sendiri  berbanding  dengan  orang  yang  normal  dan  ini  juga  adalah  berkaitan  dengan  perkongsian  bahasa  dan  pengalaman.
Seterusnya  ialah  teori  yang  digunakan  dalam  jurnal  ini  iaitu  Teori  Psikososial  Dinamika  Kumpulan. Aspek  pertama  yang  terdapat  di  dalam  teori  ini  ialah  stigma, bahasa  dan  seterusnya  ialah  prasangka.
Stigma  ialah  maruah  ataupun  sifat  merendahkan  dan  juga  menggambarkan  ciri  negatif. Orang  yang  direndahkan  ini  akan  mancari  orang  yang  mempunyai  persamaan  dengan  diri  mereka  untuk  menjadi  “normal”. A stigma  can  become  the  norm  within  the  stigmatized  population  (Crocker, 1989). Ada  juga  teori  yang  mengatakan  satu  faktor  penting  yang  mencadangkan  samada  individu  membina  kumpulan  atau  memilih  ahli  dalam  kumpulan  yang  sedia  ada  iaitu  samada  bukan  ahli  kepada  kumpulan  majoriti  boleh  dilaksanakan.
Seterusnya  ialah  bahasa. Bahasa  ialah  satu  faktor  dalam  pembinaan  dinamika  kumpulan  dan  juga  merupakan  alat  penting  yang  diguna  oleh  seseorang  individu  untuk  meluahkan  identity  mereka  dan  untuk  membuat  pertimbangan  tentang  orang  lain. Bahasa  juga  ialah  dimensi  yang  tidak  boleh  dipisahkan  oleh  budaya  dan  warisan  contohnya  ialah  dialek  dan  penggunaan  satu-satu  perkataan  tersebut. Seseorang  itu  lebih  dikenali  dengan  orang  bercakap  menggunakan  bahasa  yang  sama  berbanding  orang  yang  berkongsi  latar  belakang  kekeluargaan
Aspek  yang  ketiga  ialah  prasangka. Prasangka  ini  ialah  satu  sikap  dan  ianya  merupakan  prasangka  yang  negatif  kepada  orang  lain  berdasarkan  pemisahan  antara  individu  kepada  “dalam  kumpulan”  dan  “luar  kumpulan”. Mereka  menggunakan  perkataan  “kami”  dan  “mereka”  untuk  membezakan  diri  mereka  dengan  orang  lain.
Seterusnya  mari  kita  lihat  pengaplikasian  Teori  Psikososial  dalam  budaya  pekak  yang  pertama  iaitu  ketidakupayaan  dan  stigma.  Orang  pekak  berpendapat  sekiranya  kepekakan  itu  ialah  satu  ketidakupayaan, oleh  itu  orang  pekak  direndahkan  dengan  “kurang”  ciri-ciri  manusia  biasa. Mereka  harus  memandang  stigma  itu  sebagai  sesuatu  yang  positif  supaya  dapat  mengekalkan  harga  diri. Oleh  itu, mereka  perlu  memandang  stigma  itu  untuk  membantu  sesuatu  yang  positif  untuk  identiti  mereka  atau  memisahkan  diri  mereka  daripada  stigma  dalam  ketidakupayaan  bersama-sama. Mereka  juga  tidak  suka  diri  mereka  direndahkan, tapi  sebagai  ahli  dalam  kumpulan  yang  dipilih  iaitu  mereka  terpilih  untuk  menjadi  ahli  dalam  komuniti  pekak. Mereka  juga  mestilah  jadi  ahli  yang  berguna  dalam  sesuatu  kumpulan, untuk  merasa  bahawa  orang  lain  berkongsi  pengalaman  hidup  mereka  ada  satu  sifat  dan  bukannya  ketidakupayaan, dan  sifat  tersebut  dikaitkan  dengan  ketidakupayaan  yang  positif.
Mereka  selesa  dengan  orang  yang  sama  seperti  mereka  kerana  kumpulan  yang  distigmakan  sebagai  “pekak”  bukan  penentu  satu  peraturan  untuk  membina  antara  kumpulan. Mereka  menganggap  kepekakan  bukan  satu  kehilangan  tapi  satu  perspektif  yang  tersendiri  oleh  dunia. Penyokong  budaya  Pekak  mengatakan  ketidakupayaan  ialah  mereka  yang  buta  atau  ketidakupayaan  fizikal.
Mereka  juga  menggunakan  bahasa  isyarat  sebagai  bahasa  pertama  menjadi  asas  kepada  penyokong  budaya  Pekak  yang  telah  diasaskan. Penggunaan  bahasa  isyarat  sangat  penting  kepada  budaya  pekak  di  mana  sebarang  tanggapan  yang  dilihat  kepada  penggunaan  bahasa  isyarat  dilihat  sebagai  ancaman  kepada  keberkesanan  budaya  Pekak. Manakala  implan  koklea  dianggap  membunuh  ataupun  menghapuskan  budaya  secara  beramai-ramai. Menghapuskan  orang  pekak  sepenuhnya  dalam  usia  muda  akan  menyebabkan  tiada  lagi  budaya  Pekak. Oleh  itu, bahasa  isyarat  ialah  penanda  sebagai  ahli  dan  mewakili  waris  utama. Sesiapa  yang  menggunakan  bahasa  isyarat  asli  atau  yang  memang  menggunakan  bahasa  isyarat  untuk  berkomunikasi  dianggap  ahli  dalam  budaya  Pekak, manakala  yang  tidak  menggunakan  bahasa  isyarat  sebagai  bahasa  pertama  dianggap  kumpulan  luar  ataupun  dari  dunia  pendengaran.
Seterusnya  aspek  teori  yang  terakhir  ialah  prasangka  terhadap  pendengaran  di  mana  orang  normal  beranggapan  pendengaran  sebagai  isu  utama  kerana  ia  menerangkan  kenapa  orang  melabel  “pendengaran”  sebagai  budaya  pekak. Pendengaran  adalah  tanggapan  negatif  yang  digunakan  oleh  ahli  budaya  pekak. Mereka  berprasangka  terhadap  orang  yang  melatih  kaedah  bercakap  secara  oral. Mereka  menganggap  individu  tersebut  ingin  menghapuskan  budaya  Pekak  dengan  mengajar  orang  pekak  bertutur  secara  oral.
Selain  itu, mereka  menganggap   anak  yang  pekak  bukan  hak  ibu  bapa  sepenuhnya. Anak  itu  mesti  ada  ikatan  yang  kuat  dengan  budaya  Pekak  berbanding  dengan  keluarga, jiran  dan  rakan  sejawat.  Satu  tahap  prasangka  juga  dirasakan  perlu  bagi  membina  dan  mengekalkan  kesahan  budaya  Pekak. Komuniti  normal  menganggap  kepekakan  satu  stigma  dan  orang  yang  tidak  boleh  mendengar  susah  untuk  berkomunikasi  dengan  baik  dalam  arus  perdana. Oleh  itu, ianya  adalah  untuk  dilihat  sama  dengan  orang  dalam  dunia  mendengar  dan  mengurangkan  prasangka  terhadap  orang  yang  mendengar  akan  meningkatkan  penyerapan  budaya  dan  melemahkan  perbezaan  dan  status.


3.    Perbandingan  antara  orang  pekak  dengan  individu  yang  boleh  mendengar
Perbezaan  pertama  yang  akan  saya  terangkan  ialah  dari  segi  masalah  pendengaran  yang  mereka  alami. Mereka  menganggap  kepekakan  yang  mereka  alami  ini  sebagai  satu  budaya. Mereka  tidak  mahu  sekiranya  mereka  diberi  pendengaran  ini  kerana  mereka  menganggap  budaya  pekak  mereka  tersebut  bagus  dan  kerana  mereka  merupakan  satu  komuniti  yang  erat  dan  sentiasa  berkongsi  pengalaman  antara  satu  sama  lain. Mereka  berbeza  dengan  orang  yang  boleh  mendengar  di  mana  orang  yang  mendengar  mengharapkan  anak  yang  mereka  lahirkan  boleh  mendengar. Berbeza  dengan  mereka  iaitu  mereka  tidak  mahu  anak  yang  boleh  mendengar  kerana  mereka  menganggap  ianya  merupakan  satu  kecacatan  dan  ianya  penyakit  yang  tidak  normal.
Perbezaan  yang  seterusnya  ialah  dari  aspek  bahasa. Orang  menggunakan  bahasa  isyarat  untuk  berkomunikasi  iaitu  (Bahasa  Isyarat  Malaysia). Manakala  orang  yang  boleh  mendengar  menggunakan  pertuturan  sepenuhnya  untuk  berkomunikasi. Selain  itu, penyampaian  orang  pekak  tidak  tersusun  dan  tatabahasa  yang  digunakan  tidak  betul. Contoh  struktur  ayat  yang  digunakan  oleh  orang  pekak  ialah  “saya  tendang  bola”  kepada  “bola  tendang  saya”. Perbezaan  dari  aspek  komunikasi  ini  merujuk  kepada  budaya  mereka  semasa  bercakap. Ayat  orang  yang  mendengar  tersusun  kerana  mereka  bercakap  dan  mendengar  ayat  orang  lain, di  mana  mereka  boleh  betulkan  sebarang  kesilapan  yang  terdapat  dalam  ayat  mereka  semasa  bercakap. Berbeza  dengan  orang  pekak  yang  lebih  mementingkan  ekspresi  muka  berbanding  susunan  ayat  yang  disampaikan. Mereka  memahami  apa  yang  disampaikan  lebih  kepada  memahami  pergerakan  badan  dan  mimik  muka  berbanding  ayat  yang  disampaikan.
Perbezaan  seterusnya  ialah  dari  segi  gelaran  atau  panggilan  nama. Orang  pekak  mempunyai  satu  budaya  yang  unik  di  mana  mereka  menggunakan  bahasa  isyarat  dengan  merujuk  kepada  nama  dan  ciri-ciri  muka  dan  fizikal  orang  tersebut. Nama  orang  dalam  budaya  pekak  tidak  diingat  sepenuhnya  tetapi  hanya  mengingat  isyarat  nama  yang  diberi  berbeza  dengan  orang  yang  mendengar  yang  memanggil  nama  seseorang  dengan  gelaran  sebenar  orang  tersebut. Orang  pekak  sangat  bangga  dengan  isyarat  nama  yang  diberi  dan  ianya  tidak  boleh  ditukar.Dari  aspek  sosial  ialah  pekak  lebih  suka  berada  di  dalam  komuniti  mereka  sendiri  kerana  hanya  orang  pekak  sahaja  yang  pandai  menggunakan  bahasa  isyarat. Mereka  juga  akan  memilih  kekasih  dan  pasangan  hidup  dalam  kalangan  mereka  sendiri  sahaja. Mereka  beranggapan  itu  adalah  budaya  mereka  iaitu  memilih  pasangan  dalam  komuniti  mereka  sendiri  sahaja. Ianya  berbeza  dengan  orang  yang  boleh  mendengar  di  mana  mereka  lebih  bersifat  terbuka  iaitu  bebas  memilih  siapa  pasangan  mereka  tidak  kira  bangsa  dan  warna  kulit. Disebabkan  itu, masalah  penceraian  dalam  komuniti  mereka  sudah  menjadi  perkara  biasa   dan  menjadi  budaya  mereka  yang  gagal  mempertahankan  perkahwinan.
Selain  itu, mereka  juga  suka  bercerita  panjang  tanpa  memikirkan  faktor  masa  dan  tempat. Mereka  boleh  bercerita  berjam-jam  tanpa  rasa  bosan. Hal  ini  disebabkan  kesukaran  mereka  dalam  mengakhirkan  topik  perbualan  mereka. Budaya  ini  berbeza  dengan  orang  yang  boleh  mendengar  yang  hanya  akan  bersembang  bila  perlu  dan  mempunyai  masa  yang  terluang  sahaja. Orang  pekak  juga  tidak  dapat  menyampaikan  sesuatu  perkara  dengan  baik  dan  mereka  amat  kelam  kabut  sehingga  menyebabkan  tidak  semua  topik  yang  dibincangkan  habis  dicakap.
Perbezaan  yang  seterusnya  ialah  dari  aspek  sikap  dan  nilai. Bagi  orang  pekak  sikap  mengetuk  meja, menepuk  bahu, menggunakan  lampu, menepuk  tangan  bagi  mendapatkan  perhatian  adalah  perkara  biasa  kerana  mereka  tidak  dapat  mendengar  panggilan  orang  lain  dan  hanya  dapat  bertindak  balas  dengan  pergerakan  daripada  sekeliling  mereka. Perkara  ini  berbeza  dengan  orang  yang  boleh mendengar  kerana  mereka  boleh  mendengar  apabila  dipanggil  dan  tidak  perlu  melakukan  perkara  yang  sedemikian. Orang  pekak  juga  peka  dengan  mimik  muka  orang  lain  kerana  mereka  memahami  seseorang  berdasarkan  bahasa  isyarat  dan  mimik  muka. Orang  yang  boleh  mendengar  pula  sukar  untuk  memahami  mimik  muka  orang  lain  kerana  mereka  lebih  kerap  meluahkan  perasaan  menggunakan  pertuturan. Orang  pekak  juga  jenis  yang  berterus  terang  dan  mereka  akan  menunjuk  secara  terus  apa  yang  mereka  inginkan  tanpa  menggunakan  isyarat  yang  berbunga-bunga  berbeza  dengan  orang  normal  yang  boleh  menggunakan  bahasa  kiasan  bagi  meminta  sesuatu  yang  mereka  inginkan.